Sunday, October 25, 2009

Kemudahan Perkhidmatan Pembedahan Otak Dan Saraf Di Malaysia

Kemudahan pembedahan otak dan saraf telah bermula sejak tahun 70 an, bermula di Institut Kaji Saraf, Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Institut ini bertempat di kawasan Hospital Kuala Lumpur di Jalan Pahang. Kini terdapat 7 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan 3 buah hospital di bawah kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Di antara hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar yang ada:-

Hospital Pulau Pinang
1 orang Pakar Perunding Kanan
1 orang Pakar Perunding
1 orang Pakar

Hospital Ipoh
1 orang Pakar Perunding
1 orang Pakar

Hospital Sungai Buloh
1 orang Pakar Perunding Kanan
1 orang Pakar Perunding
3 orang Pakar

Hospital Kuala Lumpur
1 orang Pakar Perunding Kanan
2 orang Pakar Perunding
3 orang Pakar

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
1 orang Pakar Perunding Kanan
1 orang Pakar Perunding
3 orang Pakar

Hospital Umum Kuching
1 Pakar Perunding Kanan
1 Pakar Perunding
1 Pakar

Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
1 Pakar Perunding Kanan
1 Pakar

Perkhidmatan yang disediakan di hospital-hospital kerajaan termasuk kes-kes kemalangan dan kecerderaan yang melibatkan kecerderaan otak dan tulang belakang, kecerderaan saraf, kes-kes kecacatan kongenital atau lahir yang melibatkan sistem saraf dan otak, kes-kes ketumbuhan dalam otak dan saraf tunjang, kes-kes masalah pendarahan dalam otak termasuk strok dan masalah salur darah dan kes-kes jangkitan kuman dalam otak atau sistem saraf.